Sunday, 13 May 2012
MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH
Setiap detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (????? ??????) oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat). Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)." Dr A’idh Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya: Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba. Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.” Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya. Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang telah bersurai kecuali beliau dan beberapa orang sahabatnya yang masih tidak berganjak dari kubur tersebut. Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya, sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia. Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya. Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara: Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya. Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan. Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan. Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah s.a.w bersabda: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”. (Riwayat Muslim) Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia. “Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
Kisah Wanita Tua Zaman Nabi Berulang Di Amerika
Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?
Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.
Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Siapakah Suhaib ? layari laman web beliau: www.suhaibwebb.com
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)
Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”
Wallahu’alam….
Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….
BERSIH 3.0 pada 28 april 2012
Selain tiga kali muntah sebab terhidu gas pemedih mata, pengalaman peribadi saya membuat liputan di perhimpunan Bersih 3.0 ini amat menghiburkan.Menghiburkan kerana berpeluang melihat gelagat-gelagat manusia yang gila kuasa sehingga sanggup memperbodohkan penyokong sendiri, dan gelagat penyokong yang bodoh mengikut saja apa kata pemimpin.
Ada beberapa anetdot peribadi yang saya ingin kongsikan.
Pertama ketika menggunakan komuter dari Bangi ke KL Sentral seawal jam 7.00 pagi. Memang sesak, di setiap perhentian ada saja geng baju kuning naik, di Stesen Bangi, UKM, Kajang, soladiriti sesama mereka pula tinggi, sanggup berhimpit-himpit demi Bersih 3.0.
“Baju kuning sila masuk,” kata salah seorang peserta dalam komuter tatkala keadaan padat dan sesak itu.
Di setiap perhentian, orang yang sama, ucap yang sama, kira macam penyambut tetamu pulak. Cuba selepas perhentian Serdang, yang memang sah-sah geng baju kuning ramai sungguh, sebelum sempat orang itu jemput geng baju kuning dia masuk.
Ada satu makcik, sambil berdiri, dengan selamba berkata, “Kuning tak kuning, kalau nak bagi masuk, engkau keluar,”
Terkulat-kulat orang tadi, dan mengharapkan ada simpati, tapi semua senyap, ya lah dan terkepit setengah jam, bau wangi jadi masam, apa lagi nak soladiriti, sendiri-sendirilah jawabnya.
Sebaik sampai di KL Sentral suasananya meriah, macam biasa, di mana-mana baju kuning menguasai tempat. Saya bertukar ambil LRT ke Masjid Jamek. Atas LRT, geng baju kuning sekali lagi menguasai gerabak.
Saya dengar perbualan begini;
“Eh ada lukisan (grafity)… panjang pulak ni…” kata seorang geng baju kuning kehairanan lihat graffiti sepanjang Sungai Klang dari arah KL Sentral ke Pasar Seni.
“Ha itu semua penagih dadah buat tu, DBKL tak bagi, dia tangkap kalau nampak…” kata kawannya dari gaya bercakap macam orang Terengganu.
Saya dalam hati ketawa sendirian, sebab tahu gravity sepanjang Sungai Kelang itu dibuat dalam satu pertandingan anjuran DBKL. Dan sah-sah geng Bersih itu ‘orang luar’ yang hendak buat-buat tahu kepada kawannya.
Apabila sampai saya lihat, barangkali ini kali pertama, manusia bersidai kiri dan kanan Jalan Tun Perak, dengan aman, tidak ada langsung polis.
Ketika itu dalam pukul 8.20 pagi, hanya peserta Bersih yang dari seluruh negara berkumpul. Tengok cara muka, saya rasa mereka juga baru sampai, nampak keletihan, tapi bersemangat.
Agendadaily ambil sewa bilik di hotel Swiss, jadi ‘markas’ sementara untuk memudahkan kerja-kerja semasa membuat liputan di lapangan. Hotel Swiss kedudukannya paling hampir dengan Dataran Merdeka, betul-betul di permulaan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan simpang empat antara Jalan Tun Perak dan Dataran.
Amat strategik. Sehinggakan selain jadi tempat media-media, ada juga beberapa pemimpin pembangkang menginap di situ, selain rombongan peserta Bersih.
Bilik penuh, kata pekerja hotel, walaupun dah booking, namun hanya boleh masuk lepas jam dua. Pujuk punya pujuk boleh masuk jam 12.00 tengahhari.
Jadi sesi pagi, selepas makan, jurugambar kami, Hiekal bergerak naik motor untuk merakam suasana di Jalan Sultan, Petaling Street, Masjid Jamek, Sogo. Kami berpecah-pecah. Roslan Bian jaga Puduraya dan Dataran, Lukman Abdullah bersiap sedia di Masjid Negara. Shila Ismail di Sogo dan saya di Jalan TAR dan Dataran.
Di sekitar Dataran suasananya aman-aman saja. Meriah dengan macam-macam slogan dan aksi. Ada ‘kugiran rakyat’ ada ‘power rangers’ boleh kata ketika jam 1.00 petang, memang sepanjang jalan Tun Perak sehingga ke arah Jalan Kinabalu, di bawah laluan LRT itu penuh manusia.
Mereka berteduh dari panas matahari.
Suasana bertukar panas dan tegang apabila pemimpin pembangkang mula sampai dan ‘hijack’ perhimpunan tersebut. Bermula dengan Nurul Izzah yang berucap di Masjid Jamek, kemudian Azmin Ali berucap di depan Dataran.
Sampailah Anwar yang bergerak dari Masjid Negara tiba ke Dataran dan sebuah kereta Toyota Hilux yang entah dari mana sampai jadi pentas untuk Anwar ceramah.
Keadaan bising dan tegang, saya tidak dengar apa lagi, Cuma, sebaik saja Anwar selesai berucap, tiba-tiba sekumpulan budak-budak Bersih menarik pagar dan mula berlari merempuh ke arah Dataran. Yang menariknya, masa mula-mula budak-budak itu merempuh, polis yang jaga dalam Dataran pun lari sama berundur ke belakang.
Saya lihat polis lari ke belakang, teringat orang cerita pasal tsunami, sebelum jadi, ombak surut secara tiba-tiba. Dalam seminit, tak sempat apapun, berdesus-desus tembakan gas pemedih mata, sebelum itu semburan air water cannon.
Sambil berlari sambil telefon bos, cakap budak-budak Bersih dan rempuh Dataran. Tercungap-cungap lari panjat hotel, lif tak boleh pakai, ramai-ramai sekali dengan peserta yang berlindung.
Lukman sudah ‘pengsan’. Dia betul-betul ‘flat’ kena asak segala arah, terbaring dalam bilik hotel bila saya masuk. Sebab keadaan dalam hotel yang tertutup, susah saya hendak hantar report pada bos, saya keluar dari bilik ke tangga kecemasan.
Sambil cakap dengan bos, tiba-tiba sekumpulan peserta lelaki, perempuan berkejar, saya tolak pintu bilik hendak masuk mereka pun rempuh, ikut masuk sama.
“Tolong adik, tolong kami kena halau,” kata mereka.
Lukman yang terbaring, terkejut. Tiba-tiba orang rempuh masuk bilik. Saya hendak kata apalagi. Semua orang Melayu kita, tengok muka, saya tahu mereka ketakutan. Ada enam orang, dua perempuan, empat lelaki, dari umur 30-an sampai ke 60 an.
Bila kumpulan pertama berjaya masuk, ada kumpulan kedua pun hendak rempuh sama, saya sudah angin, saya kata “dah penuh”. Dengan selambanya. Cukuplah lima yang ada, campur saya dan Lukman jadi tujuh orang, bilik RM120, sekangkang kera, dengan Hiekal dan Roslan entah ke mana.
Dalam rungsing dan kusut saya masih sempat hantar report pada bos. Lukman yang tidak selesa, bangun dari ‘pengsan’ keluar bawa diri. Tinggal saya seorang diri, dengan wajah semanis mungkin melayan ‘tetamu’.
Kami berbual-bual, dan saya sesekali keluar bilik periksa keadaan apakah sudah selamat untuk mereka keluar atau belum. Dari tingkat atas bangunan, saya lihat polis menahan orang yang memakai baju kuning.
Saya turun dan cakap, belum selamat. Dua tiga kali juga kerja saya jadi ‘spy leman’ untuk periksa jalan buat tetamu-tetamu saya. Dalam hati saya simpati. Saya tahu satu-satunya kesalahan mereka adalah percaya pembohongan pemimpin pembangkang.
Dalam bilik yang sempit itu, kami jadi mesra bertukar cerita, sekali itu, saya periksa laporan portal pembangkang yang kata kehadiran cecah 100,000.
Pakcik paling tua, orang Kelantan, dengan serta merta membantah.
“Satu juta, mana boleh seratus ribu, dekat sini (Dataran) saja dah 500.000 ribu,” beriya-iya dia bercakap. Saya pun tak ada mood nak bertengkar atau cerita macam mana media buat andaian. Saya pun iyakan saja.
Lepas keadaan dan selamat, saya beritahu mereka, dan mereka pun minta diri.
Saya sambung buat kerja yang terbengkalai, lama kemudian, tiba-tiba saya sedar, bawah katil, ada beg plastic, bila saya buka, isinya dua helai baju Bersih dan topi.
Saya syak memang sengaja baju tersebut ditinggalkan sebab kedudukannya agak tersorok bawah katil. Saya ingat, bila saya masuk bilik dan beritahu polis hantar orang pakai baju kuning wajah mereka berubah. Hehe.
Ya, pengalaman saya amat sederhana, tidak ada adegan-adegan ganas kecuali muntah tiga kali sebab terhidu gas pemedih mata semasa peserta Bersih cuba rempuh Dataran. Selainnya, di perhimpunan Bersih 3.0 ini, saya lebih terhibur melihat gelagat-gelagat manusia.
Oh ya, penting untuk saya catatkan, dari tingkat paling atas hotel ini, ketika saya meninjau ke bawah sebaik keadaan terkawal dan jalan lenggang. Bukan bersih yang saya nampak, sebaliknya sampah sarah dan kotoran di mana-mana, yang ditinggalkan peserta.
Ada pasu pecah, motor rosak, kereta kemek, saya juga lihat seorang kakak ditemani suaminya (barangkali) datang mengais-gais sampah seperti mencari sesuatu. Mungkin rantai leher, mungkin gelang tangan, saya tidak pasti. Dari jauh saya lihat wajahnya suram, penuh kesal.
Hmmm… sendiri buat, sendiri tanggung…-28/4/2012
ini cerita benar....Astaghfiru llah hal azim!!
Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. ini cerita benar sekali.....
Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil. tetapi tiada apa yang terjadi disana.
Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. di satu persimpangan susur keluar lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam.
Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. tapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati.
Sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini.
Pemandu mpv mewah itu telahpun mati terkulai dikerusi pemandu kerana kecederaan parah dikepala. mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.
Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam duapuluhan. tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain. dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.
lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih didalam kemaluan wanita itu. langsung mereka tidak dapat dipisahkan. lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala. dan! sayup-sayup kedengan suaranya memanggil.. mummy....mummy. ...mummy. .....tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.
Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. mereka mesti melakukanya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.
Dalam kegelapan malam itu mereka mertungkus lumus membuat apa yang patut. dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. dalam hati ahli bomba itu berkata ' Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikal maut yang dikatakan itu'
Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???!
Selepas memeriksa dukumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.........
Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain.
Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. selagi mereka melakukanya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu. apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka.
akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? mengapa aku di tipu?, mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?
Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah kejalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia.Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.
renungkanlah. .......
Saturday, 12 May 2012
SELAMAT DATANG KE CERITA KU
Selamat Datang ke Laman Blog 'CERITA KU' di mana saya akan memaparkan pelbagai kisah tentang diri saya dan kehidupan di sekeliling saya. Diharapkan agar anda semua mendapat manfaat daripada laman blog ini. Sekian, Terima Kasih........
Subscribe to:
Posts (Atom)
